Portal Pusat Pengajian Kemanusiaan & Komunikasi

Portal PPKK
Laman web PPKK sekarang di kenali sebagai Portal PPKK. Sila lawati dan beri komen anda agar ia terus dapat diperbaiki.
You are here: Laman Utama
Advertisement

PPKK Menang Besar di R & I Fest 2008

Research and Innovation Fest 2008 anjuran Pusat Penyelidkan dan Inovasi yang berlangsung dari 14-16 Oktober baru-baru ini di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dewan Terbuka UTHM menyaksikan penguasaan PPKK dengan kemenangan dalam beberapa katagori. Dalam katagori staf, kesemua 5 penyertaan oleh pensyarah PPKK telah berjaya menggondol pingat emas dan perak.  Dr Hussain Othman yang juga merupakan Pengarah Pusat Islam  telah berjaya memenangi pingat emas dalam kategori Fundamental Research. Kumpulan penyelidikan beliau turut dianggotai oleh PM Syed Dawilah, Dr. Berhanuddin Mohd Salleh dan mantan pengarah PPKK, Encik Abdullah Sulaiman. Ketua Jabatan Pengajaran dan Pembelajaran, Encik Zainal Abidin Sayadi dan pensyarah Bahasa Inggeris, Encik Azmi Abdul Latiff masing-masing turut memenangi pingat emas dalam kategori Applied Research. Encik Zainal Abidin yang menghantar dua penyertaan turut mendapat pingat perak dalam kategori yang sama. Satu lagi pingat perak dimenangi oleh pensyarah Bahasa Inggeris Puan Sazuliana Sanif. Sementara itu 14 penyertaan oleh para pelajar yang mengambil kursus Creativity and Innovation yang ditawarkan oleh PPKK dan mewakili pusat dalam pertandingan tersebut berjaya menggondol pingat emas, perak dan gangsa. Malah PPKK menguasai empat daripada enam pingat emas yang dimenangi dalam ketegori produk. Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga PPKK terus gah dalam arena penyelidikan dan inovasi.

 

 

Baca lagi...
 
Pameran Patriotisme dan Kenegaraan Malaysia

Image

Pada 10-11 September lepas, satu program anjuran Panel Sains Sosial PPKK iaitu Pameran Patriotisme dan Kenegaraan Malaysia telah dijalankan di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail dan Dewan Terbuka UTHM.  Seramai 669 orang pelajar peringkat ijazah pertama dan diploma yang mengambil matapelajaran Kenegaraan dan Perkembangan Mutakhir Malaysia serta Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia telah terlibat dalam pameran tersebut. Perasmian pembukaan telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dr. Khairul Azmi Mohammad yang merupakan Pengerusi Yayasan Ilmu merangkap salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Pelajaran MARA. Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh Pengarah PPKK, Dr. Berhanuddin Mohd Salleh. Pameran yang bermatlamat menanamkan perasaan dan semangat cintakan negara itu bukan sahaja telah menarik minat warga UTHM malah ia turut menerima kunjungan masyarakat setempat serta para pelajar dari beberapa buah sekolah di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat.

 
Produk C&I di Persada Antarabangsa

 Image

Matapelajaran Creativity and Innovation (C&I) yang merupakan salah satu matapelajaran yang ditawarkan oleh PPKK telah mencatat sejarah apabila salah sebuah projek inovasi pelajarnya telah berjaya di peringkat antarabangsa. Projek COMSKET atau Computer Jacket telah berjaya mengharumkan nama universiti apabila produk berkenaan berjaya memenangi Pingat Emas di Malaysia Technology Expo (MTE 2008) yang diadakan di PWTC pada bulan Februari lepas. Produk tersebut juga berjaya mendapat Pingat Perak di New Invention and Product Exposition (INPEX 2008) yang berlangsung di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada bulan Jun. Baru-baru ini, Mesyuarat Jawatankuasa Harta Intelek Universiti telah bersetuju untuk memberi perlindungan Industrial Design dan Trademark kepada COMSKET serta diisytiharkan sebagai Harta Intelek Universiti. Menurut ketua kumpulan pereka COMSKET iaitu Lam Kah Hoe, projek berkenaan merupakan hasil kerja kumpulan beliau semasa mengambil kursus Creativity and Innovation yang seterusnya memenangi tempat kedua semasa Pameran dan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi pada tahun 2006. Saudara Lam yang sedang menuntut di tahun ketiga di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mengucapkan setinggi penghargaan kepada pensyarah C&I beliau, Cik Mimi Nahariah Azwani Mohamed yang telah banyak membimbing beliau dan rakan-rakannya. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada mantan Ketua Jabatan Bahasa Moden, Puan Zulida Abdul Kadir, pihak PPKK khususnya mantan Pengarah PPKK En. Abdullah Sulaiman dan Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) diatas peluang yang diberikan serta rakan-rakan dalam kumpulan C&I beliau iaitu Wong Weng Hong, Ng Wei Jie dan Yin Zhi Hao.

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 dari 12

Al-Quran Online
Online English Language Resource

Log Masuk

Kaji Selidik

Apakah tindakan anda dalam menangani kenaikan harga minyak?
 

PPKK.fm