| PPKK Menang Besar di R & I Fest 2008 |
|
|
|
|
![]() Para pemenang di RnI Fest 2008- (dari kiri)- Azmi, Sazuliana, Dr. Berhannudin, Dr. Hussain, PM Syed Dawilah, Mohd Hisham (gambar kecil) Zainal Abidin Research and Innovation Fest 2008 anjuran Pusat Penyelidkan dan Inovasi yang berlangsung dari 14-16 Oktober baru-baru ini di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dan Dewan Terbuka UTHM menyaksikan penguasaan PPKK dengan kemenangan dalam beberapa katagori. Dalam katagori staf, kesemua 5 penyertaan oleh pensyarah PPKK telah berjaya menggondol pingat emas dan perak. Dr Hussain Othman yang juga merupakan Pengarah Pusat Islam telah berjaya memenangi pingat emas dalam kategori Fundamental Research. Kumpulan penyelidikan beliau turut dianggotai oleh PM Syed Dawilah, Dr. Berhanuddin Mohd Salleh dan mantan pengarah PPKK, Encik Abdullah Sulaiman. Ketua Jabatan Pengajaran dan Pembelajaran, Encik Zainal Abidin Sayadi dan pensyarah Bahasa Inggeris, Encik Azmi Abdul Latiff masing-masing turut memenangi pingat emas dalam kategori Applied Research. Encik Zainal Abidin yang menghantar dua penyertaan turut mendapat pingat perak dalam kategori yang sama. Satu lagi pingat perak dimenangi oleh pensyarah Bahasa Inggeris Puan Sazuliana Sanif. Sementara itu 14 penyertaan oleh para pelajar yang mengambil kursus Creativity and Innovation yang ditawarkan oleh PPKK dan mewakili pusat dalam pertandingan tersebut berjaya menggondol pingat emas, perak dan gangsa. Malah PPKK menguasai empat daripada enam pingat emas yang dimenangi dalam ketegori produk. Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga PPKK terus gah dalam arena penyelidikan dan inovasi.
Senarai pencapaian staf dan pelajar PPKK dalam Research and Innovation Festival 2008
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Laman Web UTHM |
| Akhbar Atas Talian |
| Pengajian Islam |
| Sains Sosial |
| Pembelajaran Bahasa Inggeris |
| Pembelajaran Bahasa Antarabangsa |
| Problem-based Learning (PBL) |